CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 4, 2011

Ajal Maut Di Tangan-NYA

Subhanallah3......astaghfirullah3......alhamdullilah3......syukur aku kehadratmu ya illahi kerana masih memberi aku peluang untuk terus bernafas menjadi khalifah di bumimu......Itu lah ucapan kalimah yang mampu arjuna dewata ucapan semalam......



Semalam hujan turun lebat sangat....luar biasa kelebatannya. Arjuna dewata dalam perjalanan nak ke tempat kerja, so singgah kt shell untuk pakai baju hujan. Selepas smuanya okay, arjuna dewata meneruskan perjalanan tapi agak sukar disebabkan angin yang kuat menyebabkan motor arjuna rasa macam nk terbang dan bergoyang kiri kanan lebih senang tak seimbang......



Rasa macam tak selamat untuk teruskan perjalanan so arjuna dewata dicide untuk berhenti dibawah high way menunggu hujan sedikit reda.....Dah agak2 reda sikit arjuna dewata teruskan perjalanan. Sampai kat satu simpang tetiba motor arjuna dewata termati sendiri mungkin sebab kt selekoh nie agak curam dan ada air bertakung dgn banyak dah masuk dalam motor.......



Serentak dengan itu jugak panahan petir memancar dan memanah btol2 depan arjuna dewata. arjuna dewata dapat melihat betapa garangnye petir itu memanah laju berserta dengan percikan api yang keluar dan cahaya yang sangat terang. Masa tu, tuhan saja yang tahu macam mana perasaan arjuna dewata. Terkejut, takut, menggigil, bersyukur smua ada. Bayangkan kalau motor tu tak mati, tentu arjuna dewata yang kena panahan petir tu dan dah jadi arwah saat ini....

Bila difikirkan balik, insaf arjuna dewata dan rasa bersyukur sangat2. Besar sungguh kuasa-NYA...

No comments:

Post a Comment